Harraz Homestay @ Tambun Tulang,Perlis
HARRAZ HOMESTAY menawarkan penginapan bajet yang selesa dengan suasana kampong berlatar belakangkan sawah padi bagi tujuan menghadiri kenduri kahwin, konvokesyen, daftar masuk IPTA/IPTS, melancong , aktiviti sukan di Stadium Negeri dan lain-lain.
Jumaat, 7 Mac 2014
Rabu, 26 Februari 2014
Bercuti di Negeri Perlis
Pelancongan di Negeri Perlis
Untuk menarik lebih ramai pelancong dengan mengekploitasi potensi dan sumber semulajadi negeri Perlis, Jabatan Pelancongan telahpun memperkenalkan “Tujuh Pesona Perlis” (Antaranya termasuklah Panorama, Taman Ular, Harumanis, Makanan dan Makanan Laut, Tarikan Sempadan, Mengintip Burung Pengembaraan Hutan .
"Negeri Permai Lagi Mempesona", merupakan ungkapan yang paling tepat untuk mengambarkan keindahan dan kedamaian negeri Perlis. Berbekalkan Landskapnya yang menghijau dan permai, menawarkan sesuatu yang menarik buat pencinta kedamaian alam.
Berikut merupakan tempat-tempat pelancongan di Perlis.
Taman & Hutan
Makanan
Hutan Lipur Bukit Ayer,Batu Pahat
Hutan Lipur Bukit Kubu
Taman Negeri Perlis,Wang Kelian
Taman Rekriasi Gua Kelam
|
Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat
Taman Rekreasi Tasik Melati
![]() | ||||||
|
Taman Rekreasi Tasik Timah Tasoh
![]() |
Adakah anda seorang pencinta
alam? Jika benar, Empangan Timah Tasoh sudah pasti tersenarai dalam daftar minda
anda sebagai tempat yang mendamaikan.empangan_timah Empangan bernilai RM77 juta
itu yang mula dibina pada 1987 membentuk tasik buatan manusia seluas 13.3
kilometer persegi di kawasan Beseri apabila ia mula beroperasi pada 1992. Ia
bertujuan sebagai pusat tadahan air hujan bagi kegunaan penduduk Negeri Perlis.
Di empangan ini ia dapat menadah air sebanyak 33.3 juta meter
padu
|
Taman Ular dan Reptilia
![]() |
Taman Herba
|
Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen
![]() |
Taman bunga kertas Tuanku Lailatul Shahreen merupakan salah satu destinasi terbaru pelancongan yang ditonjolkan dan menjadi satu daya tarikan pelancong yang datang ke Negeri Perlis. Taman yang dibina di Laman Cenderawasih, pinggir Bukit Lagi bersebelahan Taman Budaya Negeri itu adalah diambil sempena nama Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah. |
Muzium Kota Kayang
|
Ladang Anggur Perlis
Perlis yang sebelum ini
terkenal unik sebagai satu-satunya negeri yang mampu menghasilkan produk
mempelam harumanis, kini telah menerima satu lagi mercu tanda baru dalam bidang
pertanian melalui projek penanaman anggurnya.Projek tanamam anggur
diusahakan oleh Jabatan Pertanian Perlis (JPP) di kawasan Bukit Bintang
berhampiran dengan Tasik Timah Tasoh. Melalui projek ini, anggur pertama di
ladang terbabit diusahakan di atas tapak seluas 0.8 hektar dengan jumlah 800
pokok daripada jenis IAC, selain lima hektar tanah lagi membabitkan empat jenis
anggur iaitu White Malaga, Black Queen, Black Opal dan Loose Perlitte. Anggur
negara ini terutama di Perlis mempunyai rasa yang begitu manis dan mampu
menyaingi anggur dihasilkan negara pengeluar lain seperti Perancis, Amerika
Syarikat dan Itali. Antara jenis anggur yang popular termasuk New White Malaga,
IAC, Black Opal, Green Loos Perlette, Black Queen dan
Kyoho.
Melalui perancangan, semua
hasil anggur Perlis ini akan dijual dalam bentuk segar, selain diproses menjadi
jus, jeruk dan jem. Selain buah, pokok anggur juga mempunyai nilai tambah kerana
daunnya boleh diproses menjadi herba teh anggur, kulit buahnya pula dijadikan
jus, manakala isinya pula dijadikan tepung dan bijinya untuk diproses menjadi
minyak.
|
Ladang Tebu
![]() |
Ladang Tebu Chuping, Perlis merupakan ladang tebu yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 8062 hektar. Ia merupakan kawasan terpanas di Malaysia, dimana suhu yang tertinggi pernah direkodkan adalah 40.1 darjah celcius pada 9 April 1998. |
Imej Homestay
Maklumat Homestay
ALAMAT:
HARRAZ HOMESTAY
BATU 4 JALAN TAMBUN TULANG
02600 ARAU, PERLIS.
HARRAZ HOMESTAY menawarkan penginapan yang selesa dengan suasana kampong
berlatar belakangkan sawah padi bagi tujuan menghadiri kenduri kahwin,
konvokesyen, daftar masuk IPTA/IPTS, melancong , aktiviti sukan di Stadium
Negeri dan lain-lain.
KEMUDAHAN:
i. 2 bilik tidur luas
ii.2 bilik air
iii. Ruang tamu yang selesa (set sofa)
iv. Dapur basah, ruang makan berserta kitchen cabinet, pelbagai kelengkapan
rumah (heater, set minuman segera teh/kopi,seterika,sejadah,peti sejuk
v.rod pancing turut di sediakan kepada penginap yang berminat untuk memancing
DESTINASI BERDEKATAN:
- 1 minit dari Kolej Komuniti Arau (0.5km)
- 8 minit dari supermarket C-MART Arau (6KM)
- 13 minit dari Matrikulasi Arau (9KM)
- 13 minit dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (14.4KM)
- 14 minit dari kampus UniMAP Ulu Pauh (15.6KM),
- 15 minit dari UiTM Arau (10KM)
- 20 minit dari Kangar (18KM)
- 23 minit dari Taman Rekreasi Tasik Melati (19.9)
- 23 minit dari Hutan Lipur Bukit Kubu (19KM)
- 24 minit dari Terminal Feri Kuala Perlis (19KM)
- 28 minit dari UUM (34KM)
- 29 minit dari Taman Ular dan reptilian Sg.Batu Pahat (24.5KM)
- 31 minit dari Empangan Timah Tasoh (27KM)
- 34 minit dari Hutan Lipur Bukit Air (28.5KM)
- 38 minit dari Padang Besar (37.5KM)
- 44 minit dari Taman Rekreasi Gua Kelam (40.6KM)
- 53 minit dari Wang Kelian (51KM)
Kemudahan terdekat (berjarak 8 minit):
Supermarket C-mart, Pizza Hut Delivery, Nasi Kandar Yasmeen,Bank (RHB, BSN,
Ambank, Bank Rakyat), 7Eleven,Stesyen-stesyen minyak, Masjid Negeri, pelbagai
gerai, dan stesyen keretapi.
Kadar sewa RM180 semalam
first come first serve.payment upon check-in
Untuk maklumat carian di:
https://www.facebook.com/pages/Harraz-Homestay/242187292600890
http://youtu.be/ZoO87RoY2Qg /
http://www.mudah.my/Harraz+homestay-2...
http://1malaysiahomestay.com/perlis/a...
http://www.ibilik.my/short_term_rentals/159494/harraz-homestay
http://www.inapdesa.com/places/619
PENGINAPAN :
Check In: 2.00 PETANG
Check Out: 12.00 TGHARI
SILA HUBUNGI :
HALIP (013-4838843)
ZAINAB (019-4051076)
The Latitude and Longitude
6.386575312119119,100.2550721168518
Langgan:
Catatan (Atom)